Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PGA patahkan cubaan seludup diesel bersubsidi

SIBU, 13 Jan : Op Kontraban yang dilancarkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 10 Kem Lanang semalam berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar minyak diesel bersubsidi yang bernilai RM18 900.

Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Mohammad Hafiz Kadir berkata, pihaknya turut menyita sebuah kapal muatan dan sebuah lori tangki masing-masing bernilai RM500,000 dan RM300,000 dalam operasi berkenaan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM819 900.

Katanya, dalam serbuan yang dilakukan di Jalan Ding Lik Kong pada pukul 2.30 petang itu, tiga lelaki tempatan berusia 27 hingga 37 tahun ditahan bersama 6,000 liter minyak diesel.

“Semasa serbuan, ketiga-tiga suspek sedang leka memindahkan minyak diesel dari sebuah lori tangki ke dalam tong simpanan di dalam kapal muatan yang berlabuh di kawasan jeti awam,” katanya.

Ujarnya, pemerikasaan lanjut terhadap bot nelayan itu mendapati enam tong minyak diesel telah diisi penuh.

“Kesemua suspek gagal mengemukakan dokumen sah pemilikan dan transaksi pemindahan minyak diesel tersebut,” katanya.

Beliau memberitahu, tiga suspek yang ditahan bersama barang rampasan kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sibu.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” tambah beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan