Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Abang Johari laksana amanat Tok Nan dengan baik – Penganalisis Politik

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 13 Jan : Pentadbiran Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah disampaikan dengan sebaiknya setelah ‘mengambil alih’ tanggungjawab tersebut dari figura yang paling disegani di negeri ini, Allahyarham Pehin Sri Dr Adenan Satem.

Menurut Penganalisis Sosiopolitik , Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya, Prof Dr Awang Azman Awang Pawi , sepanjang tempoh lima tahun Abang Johari meneraju tampuk kepimpinan kerajaan negeri, kesinambungan dan amanat mantan Ketua Menteri ke-5 dapat beliau realisasikan, malah ditambah dengan dasar-dasar baharu hasil prerogatif beliau sendiri.

“Sebelum ini kita lihat , Allahyarham Tok Nan mempunyai kemampuan untuk mestabilkan politik, mampu menstabilkan ekonomi, serta menstabilkan perpaduan rakyat di negeri ini.

“Dan hari ini Abang Johari mampu memantapkan lagi usaha yang ditinggalkan Tok Nan, misalnya isu hak Sarawak, isu mengenai Perjanjian Malaysia dan kemudiannya diteruskan oleh Abang Johari dengan sebaik mungkin”, katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Katanya lagi Abang Johari mempunyai kemampuan untuk memastikan segala inspirasi dan tuntutan rakyat Sarawak dapat diperolehi dengan baik.

“Kita faham di bawah pentadbiran Tok Nan yang singkat tidak memungkinkan ianya dilaksanakan, namun kesinambungan yang dilaksanakan Abang Johari mampu dilakukan dengan baik di bawah pelbagai aspek meliputi sektor ekonomi, sosial, perpaduan dan sebagainya”, ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkhidmatan lima tahun Abang Johari sebagai Ketua Menteri Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan