Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ALOR SETAR, 12 Jan -- Dua lagi individu direman enam hari bermula hari ini oleh Mahkamah Rendah Alor Setar bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan penyata akaun bank syarikat yang mengandungi butiran palsu kepada sebuah syarikat pembersihan antara 2018 dan 2019. Sebanyak 25 buah syarikat dikenal pasti terbabit dalam kes tersebut dan setakat ini SPRM telah menahan seramai 25 individu yang disyaki terlibat di Bangi, Selangor dan Pejabat SPRM Kedah, di sini pada kelmarin dan semalam. Kesemua mereka yang terdiri daripada pemilik, pengarah dan pengurus syarikat selain kontraktor serta bekerja sendiri itu berusia antara 31 hingga 77 tahun. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

SPRM: 25 syarikat disiasat kemuka penyata akaun bank palsu untuk kontrak lebih RM60 juta

ByBernama

ALOR SETAR, 12 Jan : Sebanyak 25 buah syarikat dikenal pasti terbabit dalam kes mengemukakan penyata akaun bank yang mengandungi butiran palsu kepada sebuah syarikat pembersihan di sini antara 2018 dan 2019.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kesemua syarikat itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut bagi melayakkan mereka mendapatkan kontrak bernilai lebih RM60 juta daripada syarikat pembersihan itu.

Katanya, setakat ini SPRM telah menahan seramai 25 individu yang disyaki terlibat di Bangi, Selangor dan Pejabat SPRM Kedah, di sini pada kelmarin dan semalam.

“Pihak SPRM masih mencari lagi pihak terbabit dengan ada antara mereka yang dikenal pasti sudah menukar alamat,” katanya di sini hari ini.

Dua lagi individu yang ditahan berumur 37 dan 51 tahun telah dikenakan reman selama enam hari bermula hari ini selepas Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Alor Setar, Eliana Ismail memberi permohonan SPRM ke atas mereka.

Katanya, sehingga kini jumlah yang direman ialah 17 orang termasuk 15 individu yang direman antara tiga dan lima hari mulai semalam, manakala lapan lagi yang ditahan dibebaskan dengan jaminan SPRM. 

Kesemua mereka yang terdiri daripada pemilik, pengarah dan pengurus syarikat selain kontraktor serta bekerja sendiri itu berusia antara 31 hingga 77 tahun.

Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memberitahu kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – TVS

Tags: SPRM

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan