Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Mangsa banjir di Kampung Seduan akhirnya setuju berpindah ke PPS

Sibu, 13 Jan : Situasi banjir di Kampung Seduan sehingga petang tadi menyaksikan seramai 44 mangsa kini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka hari ini.

Ketua Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 , Sarawak, Janggan Muling berkata , PPS berkenaan di Dewan Kampung Jeriah kini menempatkan mangsa daripada lima buah keluarga telah dibuka pada pukul 3.14 petang semalam.

” Selepas dinasihatkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) , kesemua mangsa yang terjejas bersetuju untuk berpindah ke PPS walaupun ada dua keluarga enggan berbuat demikian pagi tadi walaupun rumah mereka telah dinaiki air,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Katanya, hujan lebat yang berterusan sejak semalam telah menyebabkan air naik dengan cepat sehingga mencecah lebih dua kaki di beberapa tempat di kawasan berkenaan.

” Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian banjir pada paukul 11. 44 pagi tadi dan setibanya di Lorong 4, Kampung Jeriah, kami mendapati air sudah melimpah masuk ke dalam tiga buah rumah di situ,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan