Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penyanyi latar “Mohabbatein” Lata Mangeshkar di ICU akibat COVID-19

NEW DELHI, 12 Jan : Penyanyi legenda Bollywood Lata Mangeshkar dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Mumbai setelah disahkan positif COVID-19.

Ikon pementasan Hindi berusia 92 tahun itu mengalami radang paru-paru akibat jangkitan COVID-19 dan kini berada dalam pemantauan di ICU, lapor media tempatan.

“Penyanyi Lata Mangeshkar akan terus menerima rawatan di wad ICU. Beliau akan berada di bawah pemerhatian selama 10 hingga 12 hari,” kata seorang doktor.

Mangeshkar pernah menerima rawatan di hospital yang sama akibat jangkitan dada dan masalah pernafasan pada Nov 2019.

Penyanyi latar (playback) itu telah menyanyikan beribu-ribu lagu dalam pelbagai bahasa, termasuk Hindi, Marathi dan Benggali, sepanjang kerjayanya yang telah menjangkau tujuh dekad.

Beliau telah menerima beberapa anugerah kebangsaan India, termasuk anugerah penghormatan awam tertinggi ‘Bharat Ratna’. – TVS

Berita Berkaitan

ByBernama-

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByBernama-