Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ladang terbakar, 10 000 ekor ayam mati

BAU, 12 Jan : Pemilik sebuah ladang ternakan di Jalan Bau, dekat sini mengalami kerugian besar apabila lebih 10,000 ekor ayam mati akibat kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 3.40 pagi.

Sehubungan itu katanya, seramai lapan orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau dikerah ke lokasi untuk memadam kebakaran.

” Ketika jentera bomba tiba , api didapati sudah membakar keseluruhan struktur reban berkenaan yang diperbuat daripada kayu dan musnah 100 peratus,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, bomba berjaya mengawal kebakaran sekitar pada pukul 4.30 pagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, nilai kerugian sebenar dan punca kebakaran masih dalam siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan