Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Enggan pindah walaupun rumah dinaiki air

SIBU, 12 Jan : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengesan terdapat penduduk di Kampung Seduan dekat sini, enggan berpindah walaupun kediaman mereka mula dinaiki air.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sungai Merah, apa yang lebih membimbangkan ialah pihaknya panggilan daripada penduduk kampung yang mengatakan rumah mereka dimasuki air secara mendadak berikutan hujan lebat malam tadi.

” Berdasarkan maklumat, dua buah rumah yang mempunyai penghuni seramai 14 orang enggan berpindah manakala satu unit rumah lagi yang mempunyai 10 penghuni bersedia untuk dipindahkan,”jelas kenyataan berkenaan.

Penilaian yang diketuai oleh Komander Operasi, Shahrulnizam Wailie di lokasi mendapati sebahagian kawasan telah dinaiki air sedalam lebih dua kaki manakala jalan raya di kampung berkenaan juga turut terjejas.

Susulan itu, bomba telah menghubungi pejabat Residen Sibu untuk membuka pusat pembukaan pemindahan sementara (PPS) di Dewan Kampung Jeriah, Sibu. -TVS

Tags: #bm, Banjir, bomba, sibu

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan