Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dos penggalak mungkin tidak mencukupi – WHO

ByBernama

GENEVA, 12 Jan : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pada Selasa bahawa vaksin COVID-19 semasa mungkin perlu dikemas kini untuk perlindungan berterusan terhadap varian baharu, termasuk Omicron.

Kumpulan Penasihat Teknikal WHO mengenai Komposisi Vaksin COVID-19 (TAG-CO-VAC), melibatkan 18 pakar berkata, walaupun vaksin terkini memberikan perlindungan tinggi daripada terkena jangkitan teruk dan kematian disebabkan varian yang dibimbangi (VOC), vaksin bagi mencegah jangkitan dan penularan perlu dibangunkan, kata Xinhua.

Sementara itu, komposisi vaksin COVID-19 semasa mungkin perlu dikemas kini bagi menghalang virus daripada terus berubah.

Pakar telah menggalakkan pengeluar vaksin COVID-19 menyediakan data berhubung prestasi terkini vaksin khususnya terhadap Omicron, sebelum memutuskan perubahan terhadap komposisi vaksin yang mungkin diperlukan.

Pakar turut menekankan kepentingan akses global terhadap vaksin COVID-19 bagi membendung varian Omicron. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan