Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Wanita rugi RM36,500 selepas ditipu kekasih maya

SIBU, 11 Jan : Seorang pembantu operasi wanita sebuah klinik di Sibu kerugian RM36,500 selepas diperdaya sindiket dalam talian.

Kejadian itu berlaku apabila mangsa berusia 46 tahun tersebut berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ‘Hafeez Bruce’ dan kononnya bekerja sebagai jurutera di Singapura pada November tahun lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu , Superintendan Dr. Collin Babat berkata, suspek mula meminta pertolongan daripada pengadu apabila hubungan mereka semakin mesra setelah berhubung secara maya selama sebulan.

Katanya, suspek memberitahu mangsa untuk membantunya membeli peralatan bagi pihak syarikatnya kerana akaun banknya telah dibekukan yang ketika itu bekerja di Abu Dhabi.

“Pengadu yang berasa yakin selepas suspek berjanji membayar balik wangnya terus membuat empat pembayaran berjumlah RM36,500 dari 23 hingga 31 disember lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek berterusan meminta mangsa untuk membuat lebih banyak pembayaran menyebabkan mangsa berasa curiga.

Menurut Collin, mangsa mula menyedari hakikat dia sebenarnya telah ditipu apabila menceritakan perkara itu kepada rakan-rakannya.

Dalam kes yang berasingan, seorang lagi wanita yang juga kakitangan kerajaan mengalami kerugian berjumlah RM4,451 selepas terpedaya dalam satu penipuan cabutan bertuah.

Collin berkata, mangsa berusia 39 tahun telah dihubungi seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai wakil aplikasi beli belah dalam talian pada kira-kira jam 4.30 petang 6 Januari lalu.

Mangsa yang teruja setelah dimaklumkan mengenai kemenangan cabutan bertuah berjumlah RM500 telah diminta untuk mengemaskini e-dompetnya di aplikasi berkenaan.

Selepas mengemaskini e-dompetnya, suspek meminta nombor kad kreditnya dan kod keselamatan tiga digit.

“Mangsa kemudian memberikan kata laluan OPT (kata laluan satu kali) yang diterima melalui telefon bimbitnya kepada suspek.

Tidak lama kemudian, seorang wakil bank memaklumkan mangsa bahawa pembayaran berjumlah RM4,451 telah dibuat kepada aplikasi berkenaan,” katanya lagi.

Mangsa akhirnya tersedar wang simpanannya telah lesap apabila pihak bank mengesahkan pembayaran itu telah berjaya.

Kedua-dua kes telah dilaporkan di Balai Polis Ulu Lanang Sibu dan disiasat dibawah Zeksyen 420 Kanun Lesekaaan kerana menipu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan