Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dato Sri Fatimah menerima kunjungan hormat 38 Yayasan Amal Cinta dan Kuching Love Book Association

KUCHING, 11 Jan : Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah menerima kunjungan hormat daripada May Loo Hun Ing, pengasas Kuching Love Book Association, dan Dato Law Chean Yap, pengasas 38 Yayasan Amal Cinta,  di pejabatnya di Baitul Makmur 2, Petra Jaya Kuching pada Selasa.

Antara lain kunjungan itu bertujuan untuk membincangkan kerjasama dengan Dato Sri Fatimah Abdullah yang juga merupakan ADUN Dalat untuk mengadakan Program Amal di DUN Dalat.

Menurut mereka, ini adalah kali pertama kedua-dua agensi tersebut mengadakan program amal seumpamanya di luar Kuching.

“Kami akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan program amal yang bakal diadakan di Dalat” tambah mereka lagi.

Dalam pada itu, simbolik penyerahan pelitup muka turut telah diadakan dan penyerahan dilakukan oleh May Loo Hun Ing mewakili kedua agensi berkenaan kepada Dato Sri Fatimah, mewaklili KPWK.

Sepanjang 2021, sebanyak 5,000 pelitup muka telah di dermakan oleh Kuching Love Book Association.  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan