KUCHING, 11 Jan : Seorang pekerja sebuah resort di Lundu cedera dalam letupan melibatkan klorin semasa kerja-kerja pembersihan di kolam renang di resort tersebut pada pagi tadi.
Dalam satu kenyataan, Pusat Gerakan Operasi Bomba Lundu memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.16 pagi.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II), Joseph Diea turut menggerakkan sebuah jentera bomba, Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) bersama lapam anggota.
“Kami mendapati sebuah tong klorin telah meletup ketika mangsa membuat kerja-kerja pembersihan di sebuah kolam, dan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.
Mangsa Fanddy Ahmad Rosli, 30 dilaporkan cedera di bahagian muka.
Mengulas lanjut, pihak bomba juga telah memastikan lokasi kejadian selamat digunakan -TVS