LOS ANGELES, 11 Jan : Juruterbang pesawat Cessna sempat dikeluarkan oleh polis hanya beberapa saat sebelum pelanggaran berlaku dengan kereta api.
Detik-detik cemas yang dirakam menunjukkan pesawat terhempas dilanggar kereta api di persimpangan jalan di Los Angeles pada Ahad.
Menurut laporan media tempatan, kereta api yang dipenuhi penumpang telah merempuh pesawat Cessna yang terhempas sejurus berlepas daripada landasan.
“Hanya beberapa saat selepas polis mengeluarkan juruterbang yang berlumuran darah itu,” katanya lagi.
Video daripada Reuters menunjukkan kereta api yang merempuh pesawat tersebut menyebabkan serpihan pesawat berterbangan sehingga melintasi pagar dan hampir terkena orang awam.
Komposer muzik, Luis Jimenez berusia 21 tahun yang merakam video berkenaan, berkata pesawat gagal berlepas dan mendarat di landasan kereta api di persimpangan tersebut.
“Hanya beberapa saat sebelum pelanggaran itu berlaku, polis berjaya menyelamatkan juruterbang dan serpihan hampir terkena saya,” katanya lagi.
Tiada penumpang yang tercedera dalam kereta api tersebut, menurut laporan media tempatan. – TVS