Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KINABATANGAN, 5 Jan -- Sebahagian rumah penduduk di Pangkalan Bukit Garam mula dinaiki air selepas paras air Sungai Kinabatangan meningkat naik ketika tinjauan hari ini. Paras air Sungai Kinabatangan mula meningkat naik ke paras 9.06 meter menghampiri paras amaran iaitu 9.30 pagi tadi. -- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Banjir : Sarawak sediakan 621 PPS, mampu tampung 185, 067 mangsa – Douglas Uggah

ByOdleen Catherny

Tambahan laporan oleh Izzah Kamilah Unus

KUCHING, 11 Jan : Kerajaan Sarawak membuat perancangan rapi bagi berdepan kemungkinan negeri ini dilanda banjir dalam tempoh terdekat berikutan Monsun Timur Laut.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sehingga kini kerajaan negeri telah mengenal pasti 621 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri yang mampu menampung sehingga 185 067 mangsa.

Pada masa sama, beliau berkata, persiapan dilakukan juga membabitkan aset seperti 286 bot,115 buah lori, 247 buah kereta pacuan empat roda, tiga helikopter dan tiga kenderaan amfibia yang akan digunakan untuk misi menyelamat kelak.

” Sehubungan itu, saya menggesa orang ramai supaya peka dengan amaran banjir. Kerjasama semua pihak sangat diperlukan dalam memudahkan pengurusan banjir di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Pada masa sama, Douglas Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri memberitahu, pasukan tindak balas kecemasan peringkat komuniti juga telah diwujudkan di sesetengah kawasan.

” Pasukan berkenaan berperanan dalam memindahkan penduduk, memantau serta mengawal keadaan sebelum anggota penyelamat sampai di lokasi,” katanya.

Ujar beliau, persiapan menghadapi banjir pada kali ini melibatkan lapan buah jabatan membabitkan 6,705 keanggotaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Douglas Uggah menegaskan, prosedur operasi standard (SOP) yang ketat akan dilaksanakan di semua PPS di Sarawak bagi mengelak penularan COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan