Oleh : Ammierul Mukminin
TAWAU, 10 Jan : Tiga lagi PATI warganegara indonesia cuba menyusup masuk ke perairan negara berjaya digagalkan oleh Tim Quick Reaction Force (QRF).
Taktik halus yang digunakan oleh PATI berjaya dikesan pada jam 12.15 tengah malam sewaktu pasukan keselamatan membuat rondaan dan menjumpai ketiga PATI bersembunyi di Muara Sungai Titingan.
Hasil pemeriksaan mendapati ketiga Pati yang berusia dari 40 sehingga 49 tahun merupakan warganegara Indonesia dan ditemui bersama barang persendirian. Hasil siasatan mendapati mereka menaiki tongkang dari kepulauan sebatik di indonesia dan menuju ke Tawau.
Kesemua PATI kemudian nya dibawah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada jam 12.45 malam menggunakan kenderaan pancuan empat roda bagi proses saringan COVID-19 dan tindakan selanjutnya.
Kesemua yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63.-TVS