Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sekatan kembali di India sementara UK kurangkan tempoh kuarantin

KUCHING, 10 Jan : India merekodkan peningkatan jangkitan Covid-19 pada Ahad. Sebanyak 159,632 kes baharu direkodkan, mendorong beberapa kerajaan negeri mengenakan sekatan baharu dengan Varian Omicron yang mempunyai kadar jangkitan yang cepat telah merebak dengan pantas di negara berkenaan.

Negeri terkaya, Maharashtra, dengan kes harian di laporkan melonjak kepada lebih 41,000, kolam renang dan gimnasium akan diarahkan ditutup bermula Isnin (10 Jan) manakala sekolah dan kolej ditutup sehingga 15 Feb.

Hanya individu yang lengkap divaksin akan dibenarkan masuk ke pejabat swasta sambil kapasiti dihadkan kepada 50 peratus daripada jumlah tenaga kerja. Di negeri jiran Gujarat pula, pihak berkuasa melanjutkan waktu perintah berkurung malam dan membatalkan cuti untuk semua kakitangan penjagaan kesihatan.

Kementerian Kesihatan India melaporkan 327 kematian baharu, menjadikan jumlah kematian rasmi sejak permulaan wabak itu kepada 483,790. Jumlah jangkitan COVID-19 di India kini 35.52 juta kes.

Perdana Menteri Narendra Modi akan mempengerusikan mesyuarat untuk mengkaji semula situasi COVID-19

Sementara itu di UK, tempoh kuarantin akibat COVID-19 di United Kingdom yang dipendekkan daripada tujuh hari kepada lima hari diharap dapat memberikan kesan positif dan membantu meringankan beban terhadap pekerja di beberapa sektor utama seperti sekolah dan beberapa sektor kritikal yang lain.

Setiausaha Pendidikan UK Nadhim Zahawi, dipetik sebagai berkata pelbagai kajian saintifik akan dijalankan sebelum keputusan lain di ambil.

Ketika ini mereka yang disahkan dijangkiti COVID-19 di negara itu hanya perlu menjalani tempoh tujuh hari kuarantin sekiranya mereka disahkan negatif pada hari keenam dan ketujuh.

Walaupun ada gesaan agar tempoh kuarantin dipendekkan lagi, namun menurut Zahawi, pihak berkuasa kesihatan akan terus mengkaji perkara tersebut.

Untuk rekod, sejumlah 39,142 petugas Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) dijangkiti COVID-19 setakat 2 Jan lepas dan menunjukkan peningkatan sehingga 59 peratus berbanding minggu sebelumnya mengakibatkan kekurangan tenaga kerja sebelum 200 anggota tentera termasuk 40 paramedik digerakkan ke hospital bagi membantu beban petugas pada Jumaat. – TVS

Tags: india, UK

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan