Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Padah melanggar SOP

Padah melanggar SOP

ByNajib Imran

KUALA LUMPUR, 10 Jan : Akibat melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) , 55 individu dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Tun Dr Ismail di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, dalam serbuan di sebuah premis rumah kedai pada jam 10.50 malam itu, Polis turut menahan dua pekerja dan 33 warga asing dari 21 negara selepas menjalankan pemeriksaan terhadap tiga pekerja lelaki dan 85 pengunjung termasuk 38 wanita.

“Premis tersebut disyaki menganjurkan ‘private party’. Kehadiran pengunjung yang ramai dilihat sedang berhibur sambil minum arak hingga menyukarkan penjarakan fizikal,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

“Kami juga merampas satu unit pembesar suara, mikrofon dan sebuah ‘mixing console’,” katanya lagi.

Amihizam memaklumkan, kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hiburan, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB)1988, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 17 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) (Pindaan 2021). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan