Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kesesakan Jalan Kuching-Serian akan diatasi segera

KUCHING, 10 Jan : Kawasan Majlis Perbandaran Padawan terutama melibatkan Jalan Kuching-Serian mula kembali sesak susulan Sarawak beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang mana banyak perniagaan telah beroperasi serta orang ramai mula keluar rumah.

Bagaimanapun, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, Lo Khere Chiang memaklumkan kesesakan tersebut dijangka berkurangan apabila kerja-kerja pembinaan jejambat Batu 7 selesai bulan April kelak.

“Selain itu, sekolah juga telah mula beroperasi hari ini sekali gus menjadi penyumbang kepada peningkatan pengguna jalan raya terutama sekali pada waktu pagi,” ujarnya

Menurutnya, beliau memandang serius isu kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan tanggungjawabnya terutama sekali melibatkan Jalan Kuching-Serian.

“Kami juga mengawal isyarat dari Haji Baki ke Sentosa dan sebaliknya.

Apabila jejambat telah siap dibina kelak, masa akan menjdi singkat apabila kenderaan boleh terus bergerak ke atas dan laluan di bawah tidak akan mengalami kesesakan lalu lintas, ujarnya selapas melakukan lawatan tapak di lampu isyarat Batu 7 bersama dengan pihak Lebuhraya Borneo Utara (LBU) dan JKR.

Beliau yang  juga  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang berkata, pihaknya telah berbincang dengan Lebuh Raya Pan Borneo Utara, Jabatan Kerja Raya dan kontraktor untuk mencari cara bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas tersebut buat sementara waktu.

Ujarnya, beliau menerima banyak aduan daripada pengguna jalan raya berhubung isu berkenaan menerusi media sosial..

sementara itu, ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap berharap orang awam bersabar dengan keadaan lalu lintas di kawasan berkenaan.

“Buat sementara waktu ini,  pihak jurutera dan kontraktor sedang bekerjasama dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Jadi percaya kepada kami. Bulan April nantui, anda semua akan mendapat jejambatbaharu dan trafik akan lebih lancar,” katanya.

Lebuhraya Borneo Utara (LBU) Sdn Bhd merupakan kontraktor utama projek Lebuhraya Pan Borneo yang turut melibatkan kawasan Batu Kitang – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan