Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

GPS salur bantuan untuk rakyat Sarawak terjejas banjir di semenanjung

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 9 JAN: Prihatin terhadap bencana yang menimpa rakyat Sarawak yang terjejas banjir di Semenanjung, Kerajaan Sarawak bertindak menyalurkan bantuan yang akan di salurkan menerusi Rumah Sarawak.

Demikian kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa sidang media Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di sini, malam ini.

“Kita (kerajaan sarawak) akan membantu rakyat sarawak yang terkena banjir di Semenanjung menerusi pejabat rumah sarawak”, kata Abang Johari.

Pada Disember lalu seramai 68 keluarga berasal dari Sarawak yang terlibat dalam bencana banjir di Selangor, menerima bantuan bekalan makanan dan keperluan asas daripada Sarawak Volunteers dan Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur (PPSKL).

Sumbangan disampaikan Pengarah PPSKL, Awang Supian Awang Daud, dengan kebanyakan keluarga terbabit tinggal di kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam, iaitu seramai 47 keluarga.

Keluarga lain dari Sarawak yang tinggal di kawasan Klang, Balakong, Dengkil, Cheras dan beberapa kawasan lain di sekitar Shah Alam yang turut terjejas akibat banjir di Selangor turut menerima bantuan yang sama.

Penghantaran bantuan ini juga susulan arahan Penaung Sarawak Volunteers yang juga Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof, supaya anak Sarawak yang terjejas akibat banjir di Semenanjung dikenal pasti dan dibantu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan