MINAS GERAIS, 10 Jan : Dua kanak-kanak yang terselamat dalam kejadian dinding gaung runtuh di air terjun Brazil telah kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.
Video dari Tentera Laut Brazil menunjukkan mangsa sedang ditenangkan oleh ahli keluarga dalam suasana pertemuan yang penuh emosi.
“Sepuluh orang maut akibat keruntuhan dinding batu pada gaung ketika melawat kawasan air terjun tersebut menggunakan bot,” kata penyelamat pada Ahad.
Dinding batu gaung tersebut tiba-tiba pecah dan terhempas ke atas bot pelancong, yang menyebabkan ombak besar di Tasik Capitolio, Minas Gerais.
Pihak berkuasa menyatakan kejadian itu mungkin disebabkan oleh hujan lebat yang dialami Brazil sejak dua minggu lalu, dan keadaan ini berkemungkinan menyebabkan keruntuhan tanah tinggi. – TVS