Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bantuan deposit rumah boleh mula dimohon Januari ini – Abang Johari

KUCHING, 10 Jan : Skim Bantuan Deposit Perumahan Sarawak (HDAS) yang ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 di negeri ini boleh mula dipohon mulai Januari ini, demikian kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Abang Johari, skim ini meruapakan antara inisiatif kerajaan negeri untuk membantu rakyat memiliki kediaman sendiri, lebih-lebih lagi golongan muda.

“Dari sudut ini kita akan memberi peruntukan untuk membantu mereka yang berada dalam kategori B40 dan M40 untuk membeli rumah.

“Jika mereka membeli rumah ketika usia masih muda, mereka tidak mempunyai beban yang panjang untuk membayar.. jadi kita akan mulakan skim ini pada Januari 2022”, katanya pada sidang media selepas mengetuai Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB Ke-13 di sini, pada Ahad.

Tambah Abang Johari, menerusi skim yang akan diuruskan oleh Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd, kerajaan negeri akan membayar deposit rumah maksimum RM10,000 untuk pembelian rumah mampu milik, sekali gus membantu mereka yang tidak berupaya.

Permohonan bagi skim ini boleh dibuat menerusi pemaju yang tersenarai bagi projek diluluskan atau skim oleh Mutiara.

Mereka yang berminat untuk memohon bagi HDAS dinasihatkan menghantar borang yang telah lengkap diisi ke alamat Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd, Groud Floor of The Left Wing, Wisma Sultan Tengah, Taman Sukma, Jalan Sukma, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak dengan nombor telefon 082-313035 dan emel mmc@mutiaracredit.com.my. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan