Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tujuh maut, tiga hilang selepas dinding gaung runtuh di air terjun Brazil

ByYazid Ibrahim

MINAS GERAIS, 9 Jan : Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala sembilan lagi cedera parah apabila dinding batu pada gaung runtuh dan menghempap beberapa buah bot di di kawasan air terjun di Tenggara Brazil pada Sabtu.

Dinding batu gaung tersebut tiba-tiba pecah dan terhempas ke atas bot pelancong, yang menyebabkan ombak besar di Tasik Capitolio, Minas Gerais.

Video yang disiarkan dalam media sosial menunjukkan pelancong menjerit-jerit apabila dinding batu gaung tersebut terhempas ke dalam air dan menghempap dua buah bot di bawah.

‘Pihak berkuasa berkata tiga orang masih hilang, manakala mangsa lain yang disangka hilang telah dikesan melalui telefon bimbit milik mereka, dan siasatan masih diteruskan,” video itu melaporkan.

Mangsa dikatakan mengalami patah tulang manakala seorang mangsa dalam keadaan parah dan dikejarkan ke hospital setelah mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan muka.

Seramai 23 mangsa lain mengalami kecederaan ringan.

Pihak berkuasa menyatakan kejadian itu mungkin disebabkan oleh hujan lebat yang dialami Brazil sejak dua minggu lalu, dan keadaan ini boleh menyebabkan keruntuhan tanah tinggi. – TVS

Tags: #bm, runtuh

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan