Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KERAJAAN JAMIN SIASATAN TERHADAP AZAM BAKI IKUT LUNAS UNDANG-UNDANG - WAN JUNAIDI

Saham Azam Baki : Bukit Aman sahkan terima laporan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Jan : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung pendedahan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki yang membenarkan adiknya menggunakan akaun beliau bagi urusan pembelian saham.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam kenyataan malam ini berkata laporan berkenaan juga telah dirujuk kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Pada Rabu lepas, Azam menafikan tuduhan beliau mempunyai kawalan ke atas banyak syarikat termasuk syarikat konglomerat, serta menyifatkannya sebagai tohmahan yang berniat jahat.

Azam dilaporkan berkata ia merupakan satu penipuan besar untuk memberi persepsi negatif terhadapnya.

— TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan