Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PBM mahu sertai BN, tiada kaitan dengan GPS – Wan Junaidi

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 9 Jan : Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan campur tangan mengenai kerjasama Barisan Nasional (BN) dengan parti politik lain.

Ahli Parlimen GPS, Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ini kerana GPS bukan sebahagian daripada BN dan telah keluar gabungan itu sejak 2018 kerana ingin membawa hala tuju sendiri.

Bagaimanapun, ujar Wan Junaidi yang juga Ahli Majlis Tertinggi, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang merupakan komponen GPS, gabungan parti – parti tempatan yang kini mentadbir Sarawak masih mengekalkan hubungan mesra dengan Kerajaan Persekutuan ketika ini.

” Sehubungan itu, perihal BN, bukanlah keutamaan GPS,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Kompleks Mahkamah Kuching di sini, hari ini.

Wan Junaidi yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata demikian sebagai mengulas permohonan parti baharu, Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk menyertai BN.

Semalam, Presidennya, Larry Sng berkata, parti berkenaan berminat dan telah memutuskan untuk menyertai BN.

Bagaimanapun menerusi kenyataan terbaharunya kepada portal Berita Harian hari ini, bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak itu berkata, keputusan itu belum muktamad.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, sebagai ‘orang lama’ dalam dunia politik, beliau menyifatkan penubuhan parti politik baharu dan mahu bekerjasama dengan parti politik sedia ada merupakan perkara biasa.

“Perkara itu tidak menjadi masalah malah kita perlu membenarkan orang ramai mengamalkan demokrasi sebaiknya,” katanya.

Beliau pada masa sama turut mengingatkan, jangka hayat sesebuah parti politik itu akan ditentukan oleh rakyat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan