Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19: 11 kematian direkodkan semalam, terendah sejak April 2021

KUALA LUMPUR, 9 Jan : Sebanyak 11 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam, angka terendah sejak 25 April tahun lepas yang mencatatkan 10 kematian.

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM), Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu enam kes, manakala Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu masing-masing merekodkan satu kematian.

Berdasarkan data KKM melalui laman COVIDNOW, sejumlah 31,655 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan di negara ini sehingga semalam.

Dalam pada itu, 22,879,927 individu atau 97.7 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, sementara 98.9 peratus atau 23,165,398 individu daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, setakat 11.59 malam tadi.

Sebanyak 2,765,273 individu atau 87.9 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,855,876 individu atau 90.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Dalam pada itu, statistik harian menunjukkan 124,994 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 1,241 dos pertama, 1,086 dos lengkap dan 122,667 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 59,161,467 dos dengan 7,696,037 daripadanya adalah dos penggalak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan