Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Beto teruja sorakan penyokong Sarawak United

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 9 Jan : Pemain berpengalaman dalam kancah Liga Malaysia, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri atau lebih dikenali sebagai Beto, teruja apabila terpilih menyarung jersi Sarawak United FC pada saingan Liga Super musim 2022.

Beto yang sebelum ini pernah bersama dengan skuad Harimau Muda menyifatkan Sarawak United merupakan sebuah pasukan yang mempunyai mutu permainan yang berkualiti selain dia turut kagum dengan semangat yang dimiliki oleh penyokong bola sepak di negeri ini.

Ahmad Khairil Anuar atau Beto, pemain tengah Sarawak United FC

Ujar Beto, dia juga mahu menyumbang sesuatu apabila bermain di sini dan berharap dapat meraih kejayaan untuk pasukan dan dalam kariernya.

“Saya juga merindui suasana di sini kerana kita tahu Sarawak mempunyai penyokong-penyokong yang luar biasa, jadi jika tahun ini penyokong dibenarkan masuk ke stadium, pasti meriah dan saya tak sabar beraksi di hadapan ribuan penyokong,” katanya kepada TVS.

Beto merupakan salah seorang daripada enam pemain tempatan baharu yang disahkan membarisi skuad Kenyalang Emas pada musim ini.

Terdahulu berlangsung majlis menandatangni kontrak membabitkan pemain – pemain berkenaan di Stadium Negeri hari ini yang turut dihadiri Presiden Sarawak United FC, Dato Posa Majais.

Sementara itu, bagi bekas penjaga gawang Selangor dan PKSN FC pula, Tauffiq Ar Rasyid Johar, dia mahu melakukan tugasnya sebaik mungkin selaku barisan pertahanan akhir pasukan Sarawak United.

“Sudah tentu kita mahu mencapai prestasi terbaik untuk pasukan pada musim ini. Saya mempunyai keyakinan kerana jika dilihat rekod tahun lepas, Sarawak United berjaya di Liga Perdana dan seterusnya layak beraksi di Liga Super musim ini, ” katanya.

Sehubungan itu, Tauffiq Ar Rasyid berkata, dia berharap permainan konsisten berkenaan dapat dikekalkan malah turut mengintai peluang melakukan yang lebih baik.

Tauffiq Ar Rasyid , penjaga gol baharu Sarawak United FC.

Bagi Raja Imran Shah Raja Amin pula, pujukan dua jurulatih kegemarannya telah berjaya membawa dirinya untuk menabur bakti kepada Sarawak United pada musim ini.

Raja Imran, Pertahanan Sarawak United FC

” Dua jurulatih yang hebat dan berpengalaman dalam Liga Malaysia iaitu E. Elavarasan dan B. Sathianathan ada dalam pasukan ini dan peluang mendapat tunjuk ajar daripada mereka berdua, tidak wajar dilepaskan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan