Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Abang sado ditahan tumbuk hidung penghantar makanan

SIBU, 9 Dis : Seorang lelaki berbadan sasa ditahan polis kerana disyaki mencederakan seorang penghantar makanan sehingga patah tulang hidung.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Dr Collin Babat berkata, kejadian itu berlaku semasa pengadu yang berusia 37 tahun mahu mengambil pesanan makanan di sebuah kedai kopi di Jalan Ramin pada pukul 9.30 pagi, Jumaat lalu.

“Pengadu telah membunyikan hon motosikalnya untuk menarik perhatian pemilik kereta yang menghalang laluannya sehingga tidak dapat keluar dari lorong yang agak sempit di situ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pengadu yang naik berang selepas menunggu lama telah bertindak menghentak bahagian bonet hadapan kereta Perodua Kancil milik suspek sebanyak dua kali.

“Akibatnya, suspek keluar dari kenderaannya dan terus menumbuk muka pengadu sehingga berlaku pendarahan,” katanya.

Collin memberitahu, pengadu membuat laporan polis semalam kerana bimbang suspek yang berbadan sasa dan mempunyai tatu itu akan mencarinya.

“Polis berjaya mengesan dan menangkap suspek berusia 30 tahun semalam,” katanya.

Pemeriksaan lanjut menurut Collin mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau telah direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatang kecederaan kepada mangsa,” tambahnya.-TVS

Tags: sibu

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan