Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
33 ekor penyu dilepaskan setelah diselamatkan daripada pemburu haram

33 ekor penyu dilepaskan setelah diselamatkan daripada pemburu haram

ByTVS

BALI, 9 Jan : Pihak berkuasa di pulau tropika Bali, Indonesia, melepaskan 33 ekor penyu hijau terancam ke laut pada Sabtu.

Usaha ini bertujuan untuk menambahkan lagi populasi yang diancam oleh pemburu haram dan juga peniaga haram. 

Penyu spesies Chelonia Mydas itu, yang dilindungi kerajaan Indonesia, dilepaskan di pantai Kuta selepas penyu-penyu tersebut diselamatkan dalam operasi tentera laut menangkap pemburu haram pada Disember lalu. 

“Ia adalah idea yang bagus bagi usaha pemuliharaan,” kata pelancong dari Australia, Briant Firth. 

“Mereka menangkap beberapa pemburu haram dan menyelamatkan penyu-penyu tersebut,” katanya lagi.

Indonesia telah menjadi hab pemerdagangan penyu laut pada peringkat antarabangsa ekoran permintaan yang tinggi bagi penyu itu dari negara seperti Malaysia, Vietnam dan China.

Individu yang ditangkap terlibat dalam pemerdagangan ini boleh dipenjara sehingga lima tahun di bawah undang-undang Indonesia. 

Menurut pihak berkuasa, penyu-penyu ini telah menjalani pemulihan di Agensi Pemuliharaan dan Sumber Asli Bali.

“Dengan pembebasan penyu tersebut, saya berharap penyu akan terus membiak,” kata Timbalan Panglima Tentera Laut Indonesia, Ahmadi Heri Purwono.

Ia juga menambah bahawa ini dapat membantu meningkatkan ekosistem marin di sekitar Pulau Bali. 

Penyu hijau merupakan salah satu penyu laut yang mempunyai populasi besar tetapi mengalami penurunan yang ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh pemburuan haram. 

Penyu ini kehilangan tempat bersarang di pantai dan juga terperangkap dalam peralatan menangkap ikan. 

Penyu ini juga menjadi mangsa kepada pencemaran plastik di laut yang semakin meningkat di dunia. 

“Ia memakan beg plasik yang ia sangka adalah obor-obor,” kata World Wildlife Fund yang memberitahu kebanyakan penyu yang dijumpai didapati mengandungi plastik di dalam perut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan