Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyifatkan, tugas beliau semakin berat selepas dilantik semula memegang jawatan itu

Pengurusan pelabuhan Sarawak perlu bersiap sedia – Uggah

KUCHING, 8 Jan : Pengurusan pelabuhan Sarawak perlu bersedia untuk pemodenan, menginovasi dan menerima pakai teknologi-teknologi baharu, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata selaras dengan hasrat Sarawak untuk memiliki masyarakat berpendapatan tinggi pada tahun 2030, pelabuhan-pelabuhan di negeri ini perlu memainkan peranan yang penting bagi menjayakannya.

“Rancangan kita adalah untuk mengeksport lebih banyak produk makanan menjelang tahun berkenaan, sekali gus menjadikan pelabuhan-pelabuhan ini sebagai komponen penting dalam agenda pembangunan negeri,” kata beliau yang juga merupakan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan dalam kenyataan hari ini.

Katanya proses pemodenan akan turut merangkumi inisiatif melihat kepada cara pengurusan baharu dan menambah baik atau meningkatkan semua kemudahan penting.

“Lihat kepada model pelabuhan di seluruh dunia, tetapkan pelabuhan yang telah berjaya sebagai penanda aras, kami di kementerian akan lebih proaktif dalam memastikan pertumbuhan anda menghala ke arah sasaran,” katanya.

Menurut Uggah pelabuhan di Sarawak memiliki potensi besar dan boleh menjadi cukup kompetetif sebagaimana pelabuhan lain di rantau ini.

“Mari kita manfaatkan semangat ‘Sarawak Boleh’ untuk meningkatkan kemeriahan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan