Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki terjun Sungai Batang Rajang ditemukan lemas

KAPIT, 8 Jan : Mayat pekerja pengendali tenaga solar, Robin Etok yang dilaporkan terjun ke dalam Sungai Nanga Encheremin, Batang Rajang, dekat sini, Khamis lalu ditemukan terapung pagi tadi.

Ketua Balai dan Penyelamat (BBP) Kapit, Erwandy Tugor berkata, pihaknya dimaklumkan penemuan mayat berkenaan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Song pada pukul 10.05 pagi.

Katanya, mayat Robin,27, ditemukan terapung dalam sungai berhampiran Temalat, Song.

“Berikutan penemuan mayat itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga ditamatkan pada pukul 11.45 pagi tadi,” katanya.

Beliau turut memberitahu, mayat Robin yang masih bujang dan berasal dari Rumah Jegai, Nanga Gaar disahkan oleh ahli keluarga berdasarkan pakaiannya.

Sebelum ini , Robin dilaporkan terjun ke dalam sungai berhampiran sebuah sekolah sekitar pukul 1.30 pagi, dua hari lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan