Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dua lelaki melecur terkena renjatan elektrik

BINTULU, 8 Jan : Berpantang maut sebelum ajal, demikian situasi dialami oleh dua lelaki yang melecur akibat terkena renjatan elektirk di Jalan Sungai Nyigu, dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 9.40 pagi itu, kedua-dua mangsa sedang menjalankan kerja-kerja memasang kekisi bumbung di sebuah premis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Christus Buson berkata, pihaknya terpaksa meminta bantuan Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk memutuskan bekalan elektrik bagi membolehkan kerja menyelamat dilakukan.

“Sejurus selepas itu, anggota Bomba berjaya menurunkan seorang mangsa yang berada di bahagian atas premis berkenaan menggunakan pengusung,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Christus berkata, mangsa berusia 52 tahun yang diturunkan itu melecur di seluruh bahagian badan namun berada dalam keadaan sedar.

“Seorang lagi mangsa berusia 29 tahun pula hanya mengalami kecederaan ringan dan dia sempat turun sendiri dari atas bumbung sebelum ketibaan pasukan bomba,”katanya. -TVS

Tags: bintulu, bomba

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan