Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KLANG, 7 Jan -- Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP S. Vijaya Rao (dua, kiri) menunjukkan minuman keras tiruan yang dirampas di dua buah rumah di Meru, di sini yang dijadikan premis memproses dan menjual minuman keras itu, Rabu lepas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Utara, hari ini. ??Vijaya Rao berkata, pihak polis seorang wanita warganegara Myanmar berusia 21 tahun dipercayai kerani premis bagi membantu siasatan selain merampas wang tunai RM1,066 di dua rumah tersebut.??--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Polis rampas arak tiruan bernilai RM100,000 di Klang

ByBernama

KLANG, 7 Jan : Polis merampas kira-kira 500 botol dan 254 tin arak tiruan dianggar bernilai RM100,000 selepas memeriksa dua rumah di Meru, di sini yang dijadikan premis memproses dan menjual minuman keras itu, Rabu lepas. 

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S.Vijaya Rao berkata pemeriksaan pada kira-kira 4.20 petang itu dilakukan menerusi Ops Kontraban dan premis yang beroperasi secara haram sejak dua tahun lepas tersebut didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen. 

“Polis menahan seorang wanita warganegara Myanmar berusia 21 tahun dipercayai kerani premis bagi membantu siasatan selain merampas wang tunai RM1,066 di dua rumah tersebut,” katanya pada sidang media hari ini.

Vijaya Rao berkata wanita itu juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan disyaki menetap di negara ini secara tidak sah sejak 2019.

“Wanita itu kini direman selama 14 hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya. 

Beliau berkata pihaknya kini mengesan seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warganegara Myanmar berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun bagi membantu siasatan kes itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan