Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PASIR MAS, 20 Dis -- Pegawai Pemerintah Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) Supt Azhari Nusi (kanan) bersama anggotanyan ketika meninjau paras air sungai Golok di atas Jambatan Muhibah di Rantau Panjang di sini hari ini. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA?

Penyeludup tetap aktif semasa banjir, PGA7 catat rampasan bernilai RM3.7 juta

PASIR MAS, 7 Jan : Pasukan Gerakan Am (PGA) mendedahkan aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand tetap aktif pada musim banjir bulan lepas susulan nilai barangan dirampas pihaknya mencecah RM3.7 juta menerusi 20 hari operasi bagi membanteras kegiatan itu. 

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Supt Azhari Nusi berkata peningkatan paras air menyebabkan ada penyeludup mengambil kesempatan membawa barangan terus ke stor atau rumah kosong menggunakan perahu atau bot.

Beliau berkata bagaimanapun modus operandi kumpulan penyeludup itu sudah dapat diagak dan membolehkan tangkapan dan rampasan dilakukan pihaknya menerusi operasi bermula 16 Dis itu.

“Kita (PGA7) tahu sudah pasti penyeludup akan membawa barangan ke lokasi lebih jauh pada musim banjir berikutan Sungai Golok semakin melebar.

“Kita bagaimanapun tetap menjalankan penugasan dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang dapat pergi lebih jauh ke kawasan dinaiki air dan membuat tangkapan. Selain itu, kita juga dibantu agensi penguat kuasa lain di sempadan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi agihan bantuan banjir sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ABD Enterprise di Kampung Tersang, Rantau Panjang di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi ABD Enterprise Datuk Ku Ardanan Dollah berkata ia merupakan kali pertama pihaknya tampil menghulur sumbangan di Kelantan dengan membawa bekalan keperluan asas untuk lebih 20 keluarga terjejas.

“Kita turut membekalkan sedikit sumbangan sagu hati kepada golongan petugas barisan hadapan khususnya PGA kerana tetap menjalankan tugasan membanteras penyeludupan dan membantu mangsa banjir, baru-baru ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan