Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Harap kedai serbaneka dibenarkan beroperasi 24 jam

KUCHING, 7 Jan : Susulan peralihan Sarawak ke Fasa Empat, Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 3 Januari lepas, ada yang berharap agar kedai serbaneka dan restoran diberi kebenaran ‘beroperasi’ selama 24 jam.

Pengusaha butik, Nazreen Hussin, 25, berkata, pada masa sama, dia secara peribadi bersyukur kerana peralihan fasa berkenaan kini lebih memudahkan urusan orang ramai di negeri ini.

” Namun demikian, saya berharap sekiranya pihak berkuasa dapat menimbangkan supaya kedai serbaneka dan restoran dibenarkan beroperasi 24 jam,” katanya kepada TVS.

Ketika ini, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan di Sarawak, operasi kedai serbaneka dan restoran dibenarkan sehingga pukul 12 tengah malam mengikut syarat pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sementara itu, bagi Aminnurden Sat, 32, kebenaran beroperasi lebih masa yang diberikan kepada kedai serbaneka akan memudahkan orang ramai membeli barang keperluan pada waktu kecemasan terutama selepas tengah malam.

” Kalau sewaktu awal PPN dahulu, kita terpaksa menunggu hari berikutnya untuk membeli barangan keperluan jika ingin menggunakannya pada saat -saat akhir, namun kini keadaan bertambah baik apabila kedai serbaneka boleh dibuka sehingga tengah malam,” katanya yang bekerja sendiri.

Bagi pelajar sekolah pula, Hazlanzulqar Abdul Wahab Firdaus,17, lanjutan tempoh operasi akan membantu orang ramai dan para peniaga. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan