Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dr. Annuar hargai peranan media

Sibu, 7 Jan : Menteri Muda Pendidikan dan Inovasi, Dr. Annuar Rapaee menghargai peranan yang dimainkan oleh media sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak pada Disember tahun lepas.

Ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu, sepanjang tempoh kempen yang tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) untuk mengawal penularan jangkitan COVID-19, media telah membantu memberi publisiti kepada beliau untuk menyampaikan dasar dan visinya kepada pengundi.

Beliau turut mengakui SOP yang diperkenalkan ketika itu menyebabkan beliau berasa ‘terikat’ kerana tidak dapat menyampaikan apa yang diinginkan sepenuhnya.

” Memang kita ada platform media sosial untuk berkempen malah turut mendapat sambutan baik apabila video saya yang dimuat naik mencapai tontonan melebihi 200 000 namun agak sukar untuk mengetahui sama ada kesannya sampai kepada orang awam atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama petugas media di sini malam tadi.

Sehubungan itu, Dr. Annuar turut mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada media yang membantu menyampaikan maklumat sepanjang PRN Ke-12 Sarawak.

Mengulas mengenai hubungannya dengan media, Dr. Annuar berkata, beliau memahami tuntutan petugas media yang membuat liputan tentang programnya.

“Saya tidak kisah tentang apa yang ingin anda (media) tulis selagi ia merupakan perkara benar dan apa yang (ditulis) ingin saya sampaikan kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Dr. Annuar turut menyumbangkan dana berjumlah RM10,000 kepada Persatuan Media Sibu untuk kegunaan aktiviti persatuan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan