Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Banjir: 485 kakitangan JKM Sarawak siap sedia

KUCHING, 7 Jan : Seramai 485 orang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak bersiap siaga menghadapi banjir di negeri ini, kata Menteri Pembangunan Kesejahteraan Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Beliau berkata 42 kenderaan milik jabatan itu bersedia digerakkan sekiranya perlu dalam operasi banjir manakala 23 Pangkalan Hadapan Bencana juga telah disediakan bagi menghadapi bencana itu.

“Pangkalan Hadapan Bencana merupakan satu tempat, bangunan atau premis bagi penyimpanan stok barang bantuan bencana di kawasan yang mudah dilanda banjir yang kerap terputus hubungan.

“Barang-barang bantuan akan dibekalkan sebelum musim tengkujuh iaitu dalam lingkungan Oktober setiap tahun dan stok barangan akan disimpan di pangkalan hadapan untuk tempoh enam bulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fatimah berkata 157 pembekal makanan kering dan 231 makanan bermasak untuk mangsa banjir juga  telah dikenal pasti.

“Selain itu, kita juga mempunyai depoh simpanan keperluan mangsa bencana di Samarahan. Depoh ini mampu memuatkan 432 tan barang keperluan bencana,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan