Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Warga emas hilang di hutan bersama cucu ditemui selamat

ByYazid Ibrahim

KOTA SAMARAHAN, 6 Jan : Seorang lelaki warga emas bersama cucu perempuannya yang berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang ketika masuk ke dalam hutan di Kampung Binyok tengah hari semalam, telah ditemui dalam keadaan selamat awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan, Ebby Hirwandy Sarbini berkata, kedua – dua mangsa ditemukan pada jam 2.43 pagi tadi.

Katanya, kedua – dua mangsa itu berjaya dibawa ke pusat operasi pada pukul 3.31 pagi tadi.

“ Usaha pencarian oleh dua pasukan mencari dan menyelamat melibatkan kawasan seluas dua kilometer (km) dari pusat operasi, “ katanya menerusi kenyataan media.

Sehubungan itu, operasi ditamatkan pda pukul 3.35 pagi.

Turut hadir semasa operasi ialah Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan