Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sindiket beli dadah guna kurier dari KL tumpas di Sabah

ByTVS

KOTA KINABALU, 6 Jan : Beli dadah di Kuala Lumpur dan dihantar menerusi perkhidmatan kurier ke Sabah.

Bekalan dadah yang ‘diterbangkan’ itu pula kemudian ‘dibahagikan’ di kalangan ahli sindiket pengedaran untuk dijual kepada penagih dadah di beberapa bandar di negeri ini.

Bagaimanapun, taktik yang digunakan sindiket berkenaan berakhir apabila empat ahlinya berjaya diberkas polis dalam satu operasi petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, suspek pertama berusia 23 tahun berjaya ditahan bersama ganja seberat 68.31 gram di rumahnya di Taman Milek, Fasa Dua.

Ujar beliau, hasil soal siasat terhadap lelaki itu kemudian membawa kepada penahanan seorang suspek yang berusia 28 tahun bersama 39.55 gram ganja di Lido Avenue, Penampang.

“Operasi yang dijalankan polis turut berjaya menahan seorang lelaki dan wanita yang masing – masing berusia 29 dan 30 tahun di sebuah rumah di Millenium Court,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di unit berkenaan telah menemukan ganja seberat 211.6 gram yang disembunyikan dalam sebuah beg.

“Kesemua suspek yang ditahan merupakan rakyat tempatan dan tidak mempunyai pekerjaan tetap” katanya.

Berdasarkan siasatan, Mohd. Zaidi berkata, sindiket ini dipercayai bergiat aktif sejak tahun lepas dan menjadikan sebuah rumah sebagai tempat penyimpanan dan pembungkusan semula ganja dalam pek kecil sebelum dijual semula.

Beliau berkata, berat keseluruhan rampasan ganja itu mencecah 319.24 gram dan boleh digunakan oleh seramai 355 orang penagih.

“ Kesemua suspek lelaki positif dadah jenis tetrahydrocannabinols (THC),” katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan