Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Semua mangsa banjir di Kota Marudu dan Pitas dibenarkan pulang

KOTA KINABALU, 6 Jan : Situasi banjir di dua daerah di Sabah iaitu Kota Marudu dan Pitas pulih sepenuhnya berikutan semua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup hari ini.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana , Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah , sebanyak 18 PPS di kedua – dua daerah berkenaan ditutup selepas mangsa dibenarkan pulang ke rumah secara berperingkat.

Sebanyak 14 PPS di Kota Marudu ditutup pada pukul 1 petang, diikuti empat lagi di Pitas pada pukul 12.30 tengahari tadi.

” Setakat pukul 4 petang tadi pula, seramai 282 mangsa banjir di Paitan, Sandakan dan Telupid masih berada di PPS,” demikian menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pitas , Firuz Idzualdeen @ Benetty Mohd. Dzul berkata, ketika ini pihaknya sedang menguruskan penghantaran mangsa mangsa banjir ke rumah masing – masing.

” Ia membabitkan penghantaran mangsa banjir yang berada di empat PPS di Pitas  iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Salimpodon, Dewan Kampung Kusilad, Dewan SK Pekan 2 dan Dewan Kampung Kabatasan yang perlu dilakukan segera,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan