Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kredit: Perak Press

Ritual tolak banjir: JAIPk akan panggil ‘Raja Bomoh’

ByBernama

IPOH, 6 Jan : Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan memanggil Ibrahim Mat Zin atau gelarannya Raja Bomoh, berhubung satu ritual kononnya bagi menolak banjir di Dataran Pengairan dan Saliran Teluk Intan yang tular menerusi rakaman video semalam.

Pengarahnya Datuk Mohd Yusop Husin berkata selain lelaki itu, pihaknya akan memanggil individu lain yang terlibat dalam kejadian berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan perkara seumpama ini dan menjauhi amalan yang menjurus kepada khurafat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.

Video berdurasi selama 25 minit itu tular di laman media sosial yang menunjukkan Ibrahim bersama seorang wanita melakukan ritual tepung tawar menggunakan bahan termasuk beras, kunyit, bunga-bungaan dan daun yang kemudian dihanyutkan ke dalam laut.

Dalam rakaman itu, wanita yang dikenali sebagai Puteri Zaleha turut menyanyikan lagu Mayang Sari dengan meletakkan kitab suci al-Quran di hadapan mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 4.20 petang semalam.

“Polis telah merujuk kepada JAIPk untuk tindakan jabatan berkenaan dan saya difahamkan siasatan akan dijalankan oleh mereka,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan