Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Batang Rajang

KAPIT, 6 Jan : Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Batang Rajang , dekat sini dalam kejadian pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Freddy Bian berkata, satu laporan polis mengenai insiden itu telah dibuat oleh abang mangsa kira-kira pukul 9.41 pagi tadi.

Katanya, berdasarkan laporan berkenaan, pengadu memaklumkan adiknya, Robin Etok ,27, telah terjun ke dalam sungai.

” Kejadian itu telah disedari oleh seorang saudara mangsa pada pukul 2.30 pagi tadi.

Robin dikatakan terjun ke dalam sungai sekitar pukul 1.30 pagi,” katanya ketika dihubungi TVS di sini hari ini.

Freddy memberitahu, sejurus kejadian itu, usaha mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan oleh ahli keluarga dan penduduk rumah panjang namun tidak berjaya.

“Punca mangsa terjun ke dalam sungai juga belum dapat diketahui,” katanya.

Ketika ini, turut terlibat dalam operasi SAR berkenaan termasuk tiga anggota polis dan tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kapit.

” Operasi terpaksa ditangguhkan kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan pada pukul 4 petang tadi dan akan disambung pagi esok,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan