Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

30 hari menjelang Olimpik Beijing, tiga elemen jadi tumpuan

BEIJING, 6 Jan: Tiga elemen iaitu pameran api suci Olimpik dari Olympia Greece serta larian obor, majlis perasmian dan penutupan, serta pengoperasian semua fasiliti sukan dijangka menjadi tumpuan dalam tempoh 30 hari ini, menurut jurucakap Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, Zhao Weidong di sini pada Rabu.

“Pameran api suci dari Olympia Greece akan diadakan bermula awal Januari di kawasan bersalji.

“Ia diikuti acara larian obor Olimpik di tiga lokasi pertandingan iaitu di Yanqing, Beijing dan Zhangjiakou pada 2 hingga 4 Feb dengan penglibatan lebih 1,200 pembawa obor,” jelas beliau. 

Menurut Zhao, raptai penuh majlis perasmian dan penutupan serta persiapan di lokasi temasya termasuk landskap telah selesai.

Sementara itu, beliau menegaskan bahawa langkah-langkah membendung penularan pandemik COVID-19 akan dilaksanakan dengan ketat sepanjang temasya berlangsung.

“Aktiviti penganjuran dan pengoperasian sukan serta penyiaran akan diadakan mengikut jadual supaya paparan acara sukan Olimpik dan Paralimpik dapat dinikmati penonton seluruh dunia,” tambah Zhao. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan