Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kabinet Sarawak boleh berubah ikut keperluan - Abang Johari

Kabinet Sarawak boleh berubah ikut keperluan – Abang Johari

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 5 Jan : Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, barisan Ahli – Ahli Majlis Kerajaan Negeri dan Menteri – Menteri Muda Sarawak yang dibentuk tidak statik dan ‘boleh berubah’.

Ujar Abang Johari, beliau juga bersedia untuk melakukan sebarang perubahan barisan kabinet negeri mengikut keperluan serta keadaan semasa.

“ Penyelarasan semula (boleh dilakukan) dengan apa yang harus kami (Kerajaan Gabungan Parti Sarawak) laksanakan (untuk rakyat) tetapi apa yang penting ialah kami harus laksanakan janji,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Apresiasi GPS bersama petugas – petugas Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke -12 Sarawak di Borneo Convention Centre di sini malam ini.

Yang turut hadir isteri Ketua Menteri, Puan Sri Datin Amar Juma’aini Tun Tuanku Bujang dan dua Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian dan pemimpin – pemimpin parti komponen di bawah GPS.

Malam semalam, kesemua wakil rakyat GPS yang dilantik menganggotai Ahli – Ahli Majlis Kerajaan Negeri dan Menteri – Menteri Muda Sarawak selesai secara maya disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Dalam pada itu, Abang Johari turut mengulas mengenai manifesto GPS yang perlu ditunaikan dengan sepenuhnya untuk rakyat dan negeri ini.

“GPS tawarkan 34 janji sebab itu dalam menubuhkan kabinet ini, kami wakil-wakil kepada rakyat akan bersama-sama menunaikan janji-janji berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Abang Johari Tun Openg selaku Pengerusi GPS mengucapkan jutaan terima kasih kepada petugas-petugas atas kerja keras untuk memastikan kelancaran PRN pada 18 Disember tahun lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan