Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hasrat Peter Anthony tubuh parti baharu mesra kerajaan kukuhkan GRS – Hajiji

KOTA MARUDU, 5 Jan : Hasrat bekas Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Peter Anthony menubuhkan parti baharu mesra kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mengukuhkan lagi gabungan itu, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu merupakan perkembangan baik yang akan mengukuhkan kedudukan kerajaan negeri. 

“Itu dia punya (keputusan). Kita mengamalkan demokrasi dan beliau telah membuat keputusan demikian untuk menubuhkan parti baharu yang mesra dengan kerajaan GRS.

“Bagi saya sebagai ketua kerajaan GRS, ini satu perkembangan yang baik kerana akan menguatkan lagi kerajaan negeri. Jadi, kita berterima kasihlah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan bakul makanan dan wang ihsan RM1,000 kepada mangsa banjir di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Peter untuk menubuhkan parti baharu selepas keluar daripada Warisan, baru-baru ini.

Ditanya sama ada Peter sudah menghubungi beliau secara peribadi bagi menyatakan hasrat itu, Hajiji berkata: “belum lagi.”

Pada 28 Dis lepas, Peter mengumumkan keluar Warisan dan menyatakan hasrat menubuhkan parti yang akan bekerjasama dengan kerajaan Sabah pimpinan GRS demi memperjuangkan hak serta nasib rakyat Sabah selepas melihat Warisan jauh tersasar dalam perjuangan apabila ia melebarkan sayapnya ke Semenanjung. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan