Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
FIFA umum tiga pencalonan Anugerah PUSKAS 2021

FIFA umum tiga pencalonan Anugerah PUSKAS 2021

ByBernama

ANKARA, 5 Jan : Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan tiga finalis bagi Anugerah Puskas 2021 pada Selasa, suatu penghormatan yang  diberikan kepada penjaring gol terbaik tahun lepas.

FIFA berkata dalam satu kenyataan bahawa undian terhadap jaringan 11 gol tercantik 2021 telah berakhir pada 17 Dis, melayakkan tiga finalis bersaing merebut anugerah itu, lapor Agensi Anadolu.

Ia menambah bahawa nama pemenang akan diumumkan ketika majlis Anugerah Bola Sepak FIFA Terbaik yang akan diadakan di ibu pejabat FIFA di Zurich, Switzerland, pada 17 Jan.

Pemain sayap Argentina Erik Lamela, penyerang Czech Patrik Schick, dan penyerang Iran Mehdi Taremi tersenarai sebagai finalis bagi anugerah itu.

FIFA memperkenalkan Anugerah PUSKAS  pada 2009 sebagai pengiktirafan terhadap penjaring gol terbaik tahun sebelumnya, juga sebagai penghormatan kepada legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas.

Puskas merupakan bekas penyerang Real Madrid pada tahun 1950-an dan 1960-an, dan dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak lagenda.

Beliau berumur 79 tahun ketika meninggal dunia pada 2006.

Calon Anugerah Puskas FIFA 2021 seperti berikut:

– Erik Lamela (Argentina) – Arsenal vs Tottenham Hotspur (Liga Perdana Inggeris, 14 Mac 2021)

– Patrik Schick (Republik Czech) – Republik Czech vs Scotland (UEFA EURO 2020, 14 Jun 2021)

– Mehdi Taremi (Iran) – Chelsea vs Porto (Liga Juara UEFA, 13 April 2021)

— TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan