Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Rombakan kabinet hanya spekulasi – Perdana Menteri

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 4 Jan : Perdana Menteri menyifatkan spekulasi mengenai rombakan kabinet yang ‘timbul’ sejak beberapa hari lepas sebagai tidak berasas.

Jelas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tumpuan kerajaan ketika ini adalah kepada isu yang membelenggu rakyat terutamanya bencana banjir dan pandemik COVID-19.

“ Selagi saya tidak umumkan, maka tidak adalah (rombakan kabinet),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di Melaka di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa portal melaporkan, Ismail Sabri dijangka melakukan rombakan kabinet dengan nama tiga menteri dikaitkan sebagai antara yang bakal digugurkan.

Antara nama yang ‘disebut’ termasuklah Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad; Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Mengulas mengenai nama – nama berkenaan, Ismail Sabri berkata, ia merupakan perkara biasa.

“ Macam biasalah, dahulu pun macam tu juga,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan