Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis Marin Pengkalan Kubor rampas pod vape bernilai RM475,000 di Tumpat

TUMPAT, 4 Jan : Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas 2,600 unit pod vape bernilai RM475,000 dalam Op Landai yang dijalankan di Kampung Tebing di sini, 8 malam tadi.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 3 Pengkalan Kubor, ASP Mohd Rudzuan Ahmad berkata serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan di stor berdekatan sebuah kedai kopi.

“Susulan maklumat diterima, sepasukan anggota PPM telah membuat pemeriksaan di dalam stor yang tidak berkunci tersebut pada 8 malam dan menemukan pod vape yang diisi di dalam kotak dan tiada individu dikesan berada di kawasan stor berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati satu kotak besar berisi 900 unit pod vape jenis DRAG S bernilai RM135,000 manakala 17 kotak lain berisi 1,700 unit pod vape jenis DRAG 3 bernilai RM340,000,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kes tersebut diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat dan disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Katanya, kesemua pod vape tersebut disyaki untuk diseludup keluar ke negara jiran susulan terdapat permintaan tinggi di sana dan stor itu hanya sebagai transit sementara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan