Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
COVID-19 Tiada kematian baharu di Sarawak
COVID-19 Tiada kematian baharu di Sarawak

Penggiat pelancongan Arab berminat promosi Sarawak – STB

KUCHING, 4 Dis : Sebilangan penggiat pelancongan dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC) meliputi Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Qatar, Bahrain dan Oman mahu merangkumkan Sarawak dalam pakej pelancongan masing-masing, menurut Lembaga Pelancongan Sarawak (STB).

Pengarah Pemasaran, Mary Wan Mering berkata minat itu ditunjukkan menerusi sambutan menggalakkan daripada penggiat industri ini terhadap pakej pelancongan Sarawak yang dipromosikan oleh STB di Pavilion Malaysia pada Ekspo 2020 Dubai sejak 26 Dis, 2021.

“Ramai yang mengatakan minat terhadap pakej berasaskan kembara dan alam semula jadi Sarawak kerana mereka amat berminat dengan hutan hujan Sarawak yang subur di taman-taman negara seperti Tapak Warisan Dunia UNESCO Taman Negara Mulu,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Penyertaan STB dalam Minggu Ekopelancongan di ekspo tersebut bertujuan menembusi pasaran Timur Tengah, memanfaatkan populasi luas ekspatriat yang tinggal di UAE, kebanyakannya dari Eropah, Amerika dan negara-negara Asia.

Minggu Ekopelancongan yang ditonjolkan di Pavilion Malaysia telah dilancarkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri dengan reruai STB mempamerkan budaya, kembara, alam semula jadi, makanan dan festival Sarawak dengan tumpuan ke arah pelancongan bertanggungjawab dan kelestarian.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah akan menghadiri ekspo itu dari 6 hingga 10 Jan, 2022 untuk memperkukuh penyertaan Sarawak dalam kalangan penyertaan Malaysia di ekspo tersebut.

Ekspo 2020 Dubai, kali pertama diadakan di rantau Timur Tengah dan merupakan acara ketiga terbesar dunia dari segi kesan ekonomi dan budaya selepas temasya Olimpik dan Piala Dunia.

Acara itu berlangsung dari 1 Okt, 2021 hingga 31 Mac, 2022 dengan 192 negara mengambil bahagian, di samping menarik 25 juta pengunjung.

Pada mulanya ia dijadualkan berlangsung pada 2020 namun terpaksa ditangguhkan ekoran pandemik COVID-19, dan penganjur mengekalkan nama ‘Ekspo 2020 Dubai’ bagi tujuan pemasaran dan penjenamaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan