Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kota Marudu kekal daerah paling teruk dilanda banjir

ByTVS

KOTA MARUDU, 4 Jan : Situasi banjir besar yang melanda Pantai Timur dan Pantai Barat Sabah tidak banyak berubah setakat lewat petang tadi.

Menurut infografik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) jumlah mangsa banjir di enam daerah yang terkesan kekal 3,365 orang.

Bagaimanapun, perkembangan melegakan dapat diperhatikan pada hari ini apabila taburan hujan semakin berkurangan.

Sementara itu, Kota Marudu kekal sebagai daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa yang dipindahkan mencecah 2,659 orang daripada 1,115 keluarga.

Di Pitas pula, sehingga petang tadi, sebanyak 307 orang mangsa daripada 127 keluarga masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ekoran keadaan banjir yang masih belum surut.

Daerah lain pula menunjukkan trend penurunan jumlah mangsa yang berada di PPS sekaligus memberi petanda keadaan bertambah baik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan