Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kebakaran musnahkan pusat kuarantin COVID-19 di kem pelarian Rohingya di Bangladesh

DHAKA, 3 Jan : Pusat kuarantin khas COVID-19 di kem pelarian Rohingya di Bangladesh musnah dalam kebakaran malam Ahad, namun tiada pesakit yang cedera, menurut sumber rasmi.

“Kebakaran berlaku kira-kira pukul 7 malam waktu tempatan [1300 GMT] dan kami berjaya memadamkannya selepas dua jam bertungkus-lumus bersama-sama pelarian Rohingya dan penduduk tempatan,” kata pegawai Perkhidmatan Bomba dan Pertahanan Awam Ukhiya di Cox’s Bazaar kepada Agensi Anadolu.

Kesemua 12 pelarian Rohingya yang dikuarantin di pusat yang mempunyai 70 katil itu dilaporkan selamat dipindahkan ke lokasi lain, katanya.

Menurut beliau bomba masih menyiasat kejadian itu berdasarkan saksi dan keterangan setakat ini, Kemungkinan ia berpunca daripada litar pintas.”

Kebakaran besar di kem pelarian terbesar di dunia Mac lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 15 anggota masyarakat dan memusnahkan lebih 10,000 pondok, termasuk sebuah hospital medan Turki.

Sejak penghujung 2017, kem-kem itu menempatkan kira-kira sejuta umat Islam Rohingya yang melarikan diri daripada kempen penganiayaan yang dianjurkan di negara jiran Myanmar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan