Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
harimau kumbang

Harimau kumbang jantan dikesan dekat kandang lembu ditangkap

ByBernama

IPOH, 3 Jan : Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri Perak menangkap seekor harimau kumbang jantan di Kampung Asli Kenang Baru Jalong Tinggi, Sungai Siput di sini, semalam.

Dalam kenyataan hari ini Perhilitan berkata selepas menerima aduan mengenai kemunculan harimau kumbang berhampiran sebuah kandang lembu di kampung itu pada 24 Dis lepas, pihaknya terus bertindak memasang beberapa umpan ayam dan anak lembu bagi menarik perhatian haiwan liar itu.

“Bagaimanapun, umpan itu gagal menarik perhatian harimau kumbang berkenaan untuk keluar, sehinggalah ia memasuki perangkap pada pukul 10 malam, semalam,” menurutnya kenyataan itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati ia adalah harimau kumbang jantan seberat 37 kilogram dan dianggarkan berusia enam tahun. Haiwan itu diserahkan kepada Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) untuk pemeriksaan lanjut, rawatan dan pelepasan semula,” tambahnya.

Sehubungan itu penduduk kampung dinasihatkan supaya memastikan kawasan ternakan serta kebun masing-masing tidak dibiarkan semak, bagi mengelak kehadiran haiwan liar, dan orang awam pula diminta agar lebih berwaspada dan segera memaklumkan kepada Perhilitan jika terserempak dengan haiwan liar untuk tindakan lanjut. – TVS

Tags: harimau

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan